4 Tip Untuk Mendapatkan Kadar Faedah Yang Terbaik Untuk Pinjaman Anda

Kebanyakan orang yang ingin memohon pinjaman akan membuat tinjauan di beberapa tempat untuk mendapatkan kadar faedah yang paling rendah. Kadar faedah yang lebih rendah bermakna anda bayar kurang setiap bulan dan anda akan dapat mengurangkan jumlah hutang anda dengan lebih cepat. Di sini, kami berkongsi dengan anda beberapa petua penting untuk diikuti apabila mencari kadar faedah terbaik untuk pinjaman anda.

1. Ketahui Apa Yang Harus Anda Cari

Sebelum anda melihat kadar faedah yang terbaik, ambil sedikit masa untuk benar-benar pertimbangkan jenis produk yang sesuai dengan situasi anda. Jika jumlah yang anda perlukan hanya lebih sedikit daripada gaji bulanan semasa anda, mungkin kad kredit adalah lebih baik. Ataupun jika anda memerlukan wang untuk memulakan perniagaan, pinjaman perniagaan akan lebih sesuai daripada pinjaman peribadi. Kedua-dua pilihan ini adalah alternatif yang lebih baik untuk tujuan masing-masing kerana ianya lebih murah, mempunyai ciri-ciri yang sesuai dengan niat dan dalam kebanyakan kes, akan menawarkan kadar faedah yang lebih menarik berbanding pinjaman peribadi.

2. Ketahui Tempat Terbaik Untuk Membuat Tinjauan

Proses mengira kadar faedah boleh mengelirukan dan usaha mendapat maklumat yang betul dari laman-laman web yang berbeza mungkin mencabar. Apa yang boleh anda lakukan ialah menggunakan laman perbandingan seperti RinggitPlus. Laman web seperti ini sering kali mempunyai kalkulator pinjaman yang berguna untuk anda untuk mengetahui dengan tepat jenis pinjaman dari bank yang mana boleh menawarkan pakej terbaik untuk keperluan anda.

3. Jangan Memohon Untuk Pelbagai Pinjaman Atau Kad Kredit

Setiap kali anda memohon pinjaman baru atau kad kredit, ia dianggap sebagai ‘hard inquiry’ dalam laporan kredit anda. Jika peminjam melihat perkara ini berulang-ulang dalam laporan kredit anda dan berdekatan satu sama lain, anda mungkin dianggap sebagai pelanggan berisiko tinggi, kurang wang tunai atau seseorang yang akan memohon banyak hutang kelak. Ini seterusnya boleh menjejaskan kadar faedah yang anda akan terima apabila anda memohon pinjaman.

4. Pastikan Skor Kredit Anda Sihat

Pastikan anda menyemak skor kredit anda melalui CTOS untuk memastikan kesihatan kredit anda baik. Jika skor anda kelihatan tidak baik, peminjam dan bank mungkin menawarkan kadar faedah yang tinggi. Sentiasa ingat untuk membayar semua kewajipan kredit anda tepat pada waktunya dan elakkan terlepas bayaran atau membuat pembayaran yang lewat.

Bagaimanakah Cara Menyemak Skor Kredit Saya?

Cara yang mudah untuk melakukan ini adalah dengan melawat laman web CTOS dan mendaftar untuk ID pengguna CTOS melalui talian atau melalui aplikasi telefon bimbit mereka.

Jika anda tidak kenal CTOS, ia adalah agensi pelaporan kredit yang membantu untuk menyusun dan menyediakan maklumat kredit di Malaysia. Ia menawarkan laporan skor MyCTOS – laporan kredit yang komprehensif yang dapat membantu anda memahami kesihatan kredit anda dengan lebih baik dan membantu mengenal pasti cara-cara anda boleh meningkatkan taraf kesihatan kredit anda.

Laporan skor MyCTOS mengandungi butiran peribadi anda, rekod CCRIS, rekod pengarah, rekod tindakan undang-undang, bilangan kali anda telah dicari serta skor CTOS anda – skor kredit yang mempunyai julat antara 300 (terendah) dan 850 (tertinggi).

Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai laporan skor MyCTOS dan mendaftar untuk CTOS User ID anda di www.ctoscredit.com.my. Pernahkah anda mendapat laporan skor MyCTOS anda sebelum ini? Adakah ia membantu anda memahami kesihatan kredit anda dengan lebih baik?