5 cara untuk melindungi identiti anda semasa membeli-belah online

1. Pilih laman web yang dikenali dan sah

Buat pembelian anda di laman web yang boleh dipercayai, mempunyai reputasi serta rekod sekuriti yang baik. Jika ragu-ragu, anda boleh membuat penyiasatan sendiri, namun ingat – bukan semua ulasan online boleh dipercayai.

2. Gunakan kata laluan yang berlainan dan susah diteka

Jangan gunakan kata laluan yang sama untuk setiap laman web. Pastikan anda memilih kata laluan yang kukuh dan unik untuk mengurangkan risiko individu lain menggodamnya.

3. Jangan berkongsi maklumat peribadi yang tidak diperlukan

Sesetengah peruncit online mungkin akan meminta tarikh hari jadi anda supaya boleh menawarkan perkhidmatan yang lebih sesuai kelak, atau untuk menghantar promosi hari jadi. Walau bagaimanapun, jika penggodam mendapat akses kepada maklumat ini, mereka akan mempunyai data peribadi anda yang boleh digunakan untuk menyamar sebagai anda di dunia online.

4. Sentiasa pastikan bahawa peranti digital anda dilindungi

Sama ada anda menggunakan komputer riba, telefon pintar atau peranti lain untuk membuat urusan online, pastikan anda mempunyai ‘anti-malware’. Ini akan membantu melindungi anda daripada pelbagai jenis ancaman keselamatan online.

5. Semak laporan kredit anda secara berkala

Kecurian identiti boleh dikesan dengan cepat hanya dengan menyemak laporan MyCTOS Score yang lengkap dan dikemaskini. Misalnya, jika anda ternampak pinjaman baru atau kad kredit yang anda tidak pohon, itu adalah tanda yang maklumat peribadi anda mungkin dicuri dan anda perlu membuat siasatan selanjutnya.