5 Perkara Tambahan Yang Perlu Dilakukan Sebelum Anda Memohon Pinjaman Perumahan

Pinjaman rumah 1

Artikel ini diterbitkan oleh ringgitplus.com bersama CTOS.

Pinjaman rumah berkemungkinan besar akan menjadi pinjaman paling besar dalam kehidupan anda. Oleh kerana ia adalah komitmen yang berat, langkah yang bijak ialah untuk berfikir panjang dan serius sebelum membuat pinjaman sedemikian.

Tempoh pembayaran balik biasanya meliputi masa berdekad-dekad dan biasanya anda akan memohon pinjaman bernilai beratus ribu ringgit sekaligus. Jika anda mengambil kira komitmen yang berat ini, ia adalah sebab yang kukuh mengapa anda perlu berfikir panjang dan teliti sebelum memohon pinjaman perumahan. Kami telah menulis tentang perkara-perkara yang harus dipertimbangkan sebelum ini, tapi kini kami berkongsi lebih banyak petua penting mengenai apa yang perlu dilakukan sebelum anda memohon pinjaman rumah.

Memutuskan Sama Ada Membeli atau Menyewa Adalah Lebih Baik

Oleh kerana keputusan seperti ini akan membawa impak besar keatas pengurusan kewangan anda untuk tahun-tahun yang akan datang, adalah penting untuk mempertimbangkan sama ada keputusan untuk membeli rumah adalah pilihan yang terbaik atau sebaliknya. Pemilikan harta mungkin bukan pilihan yang terbaik untuk anda jika anda menghargai kebebasan pergerakan, fleksibiliti, atau berfikir untuk berpindah ke luar negara secara kekal pada masa akan datang.

Luangkan masa untuk memikirkan semua pilihan anda dengan teliti (atau jika anda ingin membeli sebuah rumah untuk memulakan keluarga, bincang dengan pasangan anda). Fikirkan matlamat, sasaran dan pengurusan kewangan anda secara mendalam untuk memastikan pembelian hartanah adalah sesuatu yang anda benar-benar inginkan.

Memahami Nilai Harta Anda

Setelah anda memutuskan bahawa membeli harta anda sendiri adalah langkah yang terbaik, anda harus membuat kajian terhadap hartanah yang anda inginkan. Sama seperti membeli kereta, anda mungkin mahu mempertimbangkan nilai jualan semula hartanah yang akan anda beli. Banyak faktor yang mempengaruhi nilai harta, jadi pastikan anda mengambil kira kesumuanya.

Faktor seperti lokasi, kesenangan akses, pelan perkembangan masa depan di kawasan sekitar dan reputasi pemaju adalah kriteria yang perlu anda fikirkan dengan teliti untuk memastikan bahawa harta yang anda mahukan akan menjadi pelaburan yang berbaloi untuk masa depan dan untuk tempoh jangkamasa panjang.

Pinjaman rumah 2

Ketahui Semua Aspek Pinjaman Anda

Setelah anda mengenalpasti hartanah yang anda inginkan, seterusnya anda harus cari pinjaman yang paling sesuai untuk diri anda. Anda boleh merujuk kepada pemberi kredit peminjam yang berbeza dan bertanya kepada wakil mereka atau anda boleh layari laman web perbandingan seperti RinggitPlus untuk mengkaji jenis pinjaman yang paling sesuai dengan anggaran, kapasiti, dan kemampuan anda.

Ingat, terdapat beberapa jenis pinjaman rumah termasuk pinjaman rumah Islamik di mana kadar faedah berfungsi dengan cara yang berbeza, juga pinjaman perumahan fleksibel yang bersambung kepada akaun semasa anda, serta variasi lain yang boleh membantu anda menguruskan komitmen anda secara berbeza.

Pertimbangkan Jika Anda Boleh Buat Pembayaran Pendahuluan Yang Lebih Tinggi

Bayaran pendahuluan (‘down payment’) 10% adalah jumlah yang biasanya diperlukan, tetapi jika anda mampu, kami mengesyorkan anda membayar lebih sedikit daripada jumlah tersebut. Mengapa? Bayaran pendahuluan yang lebih besar
boleh menjadi petunjuk kukuh bahawa peminjam adalah pembayar pinjaman yang cukup baik, dan ini akan meningkatkan peluang anda untuk pinjaman anda diluluskan.

Tambahan pula, bayaran pendahuluan yang lebih tinggi akan dapat membantu anda jimat caj faedah kumulatif, dan ini merupakan langkah yang baik jika anda ingin mengekalkan komitmen anda pada kadar yang rendah.

Pinjaman rumah 3

Pastikan Kesihatan Kredit Anda Baik

Membayar bayaran pendahuluan yang lebih tinggi bukan cara tunggal untuk membantu meningkatkan peluang anda untuk permohonan pinjaman anda diluluskan. Anda juga boleh memastikan kesihatan kredit dan skor kredit anda adalah baik. Skor kredit yang baik memberi kesan positif terhadap diri anda di mata bank dan pemberi pinjaman, jadi langkah pertama yang terbaik ialah untuk mendapatkan laporan kredit penuh anda dengan skor kredit, seperti laporan MyCTOS Score.

Cara yang paling mudah untuk mendapatkan laporan MyCTOS Score yang penuh adalah untuk melawat laman web CTOS dan mendaftar untuk Pengguna ID CTOS (CID) secara ‘online’. CTOS adalah agensi pelaporan kredit yang membantu mengumpul dan memberi maklumat kredit di Malaysia. Ia menawarkan laporan MyCTOS Score – laporan kredit komprehensif yang dapat membantu anda memahami kesihatan kredit anda dengan lebih baik, serta membantu anda mengenal pasti apa yang anda harus lakukan untuk meningkatkan status kredit anda.

Laporan MyCTOS Score mengandungi butiran peribadi anda, rekod CCRIS, informasi pengarah, rekod tindakan undang-undang, bilangan kali anda telah dicari, serta skor CTOS anda – skor kredit yang berjulat antara 300 (terendah) dan 850 (tertinggi) .

Ketahui lebih lanjut mengenai laporan MyCTOS Score di sini.