5 Tip Pintar Kredit Untuk Musim Perayaan

5 Tip Pintar Kredit Untuk Musim Perayaan

5 Tip Pintar Kredit Untuk Musim Perayaan

1. Buat perancangan dari awal

Ramai yang berpendapat ‘berbelanja dulu, risau kemudian’, tetapi ini merupakan cara yang paling mudah untuk mengumpul hutang. Sebaliknya, buat senarai dari sekarang dan semaknya lebih daripada dua kali.

Memutuskan yang anda tidak akan bimbang mengenai perbelanjaan sehingga selepas cuti boleh menyebabkan anda membuat keputusan kredit yang tidak baik. Jika anda enggan membaca cetakan halus, tidak berhati-hati mengenai perbelanjaan, anda akan menghadapi masalah kelak.

Mulakan dengan membuat senarai untuk semua hadiah yang anda perlu beli supaya anda sentiasa bersedia jika perbelanjaan tambahan diperlukan nanti. Senarai ini juga akan membantu anda membendung pembelian impuls. Cuba tetapkan anggaran yang realistik untuk perbelanjaan anda.

2. Hadkan perbelanjaan percutian kepada satu atau dua kad kredit

Apabila anda menggunakan lebih dari satu kad untuk perbelanjaan anda, ianya menjadi sukar untuk mengawal selia jumlah yang anda belanjakan. Anda juga mungkin lupa yang anda telah membeli sesuatu. Apabila bil perbelanjaan sampai selepas cuti, anda mungkin terkejut melihat jumlah perbelanjaan yang besar.

Sebaliknya, hadkan perbelanjaan anda kepada satu atau dua kad untuk mengawal selia baki anda. Jika anda mempunyai pasangan dan anda tidak mahu mereka melihat apa yang anda beli, bincang dan tentukan bersama kad mana yang akan digunakan dari awal lagi.

Credit-Smart Tips For The Festive Season

3. Dapatkan kad kredit baru

Masa yang sesuai untuk mendapatkan kad kredit baru mungkin sebelum cuti bermula. Cuba cari kad dengan kadar faedah yang benar-benar rendah, 0% pembiayaan atau pemindahan baki, atau kad baru dengan bonus pendaftaran yang menarik.

Anda biasanya perlu membuat perbelanjaan dengan jumlah minimum tertentu dalam bulan-bulan awal memiliki kad untuk layak mendapat bonus pendaftaran. Jika anda tahu terlebih awal yang anda akan membeli banyak hadiah atau berbelanja besar untuk melancong, ini mungkin peluang yang baik untuk mendapatkan bonus dengan cepat.

Selain itu, jika anda melancong semasa cuti, kadangkala kad kredit yang bergabung dengan syarikat penerbangan boleh membantu jimatkan wang untuk anda sekeluarga dari segi yuran bagasi. Sekiranya anda membuat keputusan untuk mendapatkan kad kredit baru untuk musim cuti, jangan lupa untuk berbelanja secara bertanggungjawab dan mengamalkan tabiat kredit yang baik semasa menggunakannya, termasuk selepas musim berakhir. Jangan terlepas bayaran dan selalu bayar bil-bil anda pada masanya, sekurang-kurangnya jumlah bayaran minima setiap bulan.

4. Gunakan baki ganjaran untuk menebus hadiah

Luangkan masa beberapa minit untuk menyemak semua kad kredit dan mata ganjaran perjalanan syarikat penerbangan. Cari kad di mana anda mungkin mempunyai baki mata ganjaran yang kecil. Mungkin anda mempunyai kad yang mata ganjarannya tidak mencukupi untuk menempah hotel atau sesuatu yang besar. Anda boleh menebus mata ganjaran ini untuk baucer hadiah atau hadiah kecil lain yang mungkin berguna untuk kawan, rakan sekerja atau orang lain dalam hidup anda.

5. Mengawal selia perbelanjaan anda

Oleh kerana perbelanjaan percutian adalah sesuatu yang tidak biasa berlaku, ianya menjadi mudah untuk anda lupa jumlah yang anda belanjakan. Menggunakan aplikasi CTOS boleh membantu anda mengawal selia perbelanjaan kad kredit anda, tapi jangan lupa pembelian tunai anda. Simpan senarai dalam telefon bimbit anda atau dalam buku nota lama supaya anda tahu jumlah wang yang anda peruntukkan untuk membeli hadiah.