Nilai Pelanggan Baru

    Adakah anda sedar jika ada pelanggan anda yang menghadapi masalah kewangan perniagaan? Adakah rakan perniagaan anda menunjukkan tanda-tanda menuju kemuflisan?

    Buat keputusan perniagaan yang lebih selamat

    Adakah anda benar-benar mengenali pelanggan anda? Adakah anda pasti bahawa anda sedang berurusniaga dengan pihak yang boleh dipercayai? Adalah amat penting untuk menilai pelanggan dan rakan kongsi perniagaan anda dari awal lagi.

    Anda harus mengenali pelanggan anda secara lebih mendalam untuk mengelakkan risiko seperti bayaran lewat atau lebih teruk lagi – bayaran tertunggak. Anda boleh membuat keputusan perniagaan yang lebih bijak dan mengelakkan kerugian kewangan, kerosakan reputasi perniagaan, masalah berkaitan dengan undang-undang dan banyak lagi, hanya dengan mengambil langkah awal untuk memastikan anda berurusan dengan pihak yang boleh dipercayai.

    Nilai pelanggan anda dengan CTOS Credit Manager

    Apakah cara yang terbaik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bakal pelanggan anda? Kami menawarkan CTOS Credit Manager, penyelesaian pengurusan kredit yang dipercayai oleh bank-bank dan perniagaan di Malaysia.

    Kelebihan:

    • Buat carian, simpan, pantau dan uruskan semua maklumat pelanggan melalui satu sistem dinamik
    • Dapatkan semua maklumat pelanggan dalam bentuk laporan mudah untuk menganalisis dengan mudah dan cepat
    • Buat keputusan yang lebih baik, kendalikan risiko dan tingkatkan aliran kewangan

    Jenis laporan

    • CTOS Score Report
    • CTOS Report
    • CTOS LitE Report
    • CCM / SSM Report
    • Idaman Report
    • NRD / JPN Report
    • MDI Report
    • International Business Report
    • Singapore Report
    • Land Title Report
    • E-Court
    • CTOS KYC Screening