5 mistakes

5 mistakes

5 Kesilapan Yang Boleh Menjejaskan Skor Kredit Anda

Jika anda berada di kalangan pengguna yang mempunyai rekod kredit yang cemerlang, tahniah. Namun, anda haruslah berhati-hati supaya tidak menjadi cuai dan mengabaikan kesihatan kredit anda. Kadang-kadang, hanya satu kesilapan boleh mengubah skor yang tinggi kepada yang sebaliknya. Teruskan membaca untuk mengetahui 5 kesilapan yang boleh menyebabkan skor kredit anda terjejas, serta cara-cara untuk memastikan nilai skor anda kekal baik.

1. Gagal membuat pembayaran
Jika anda mempunyai tabiat tidak membayar bil-bil anda pada masanya, skor anda berkemungkinan besar akan terjejas. Ini kerana rekod pembayaran anda adalah salah satu faktor yang amat penting dalam menentukan skor kredit anda. Apa yang anda mungkin tidak sedar ialah walaupun anda terlepas hanya satu bayaran, skor anda masih boleh terjejas. Jika anda secara tidak sengaja lupa untuk membuat bayaran tetapi biasanya mempunyai rekod pembayaran yang baik, hubungi pemberi pinjaman anda dan minta pertolongan mereka untuk memadamkan rekod tersebut. Asalkan anda seorang pelanggan yang bertanggungjawab dan mempunyai rekod pembayaran yang baik, pemberi pinjaman anda sudah tentu akan cuba menolong anda.

2. Membuka terlalu banyak kad kredit atau akaun serentak
Setiap kali anda memohon kemudahan kredit, sama ada pinjaman atau kad kredit baru, anda akan menghadapi siasatan kredit. Ini kerana pemberi pinjaman ingin tahu siapa pelanggan mereka sebelum mereka bersetuju untuk memberi pinjaman. Langkah yang bijak ialah untuk membuka akaun-akaun baru secara perlahan-lahan dari masa ke semasa supaya laporan kredit anda tidak dibanjiri dengan pertanyaan atau siasatan kredit.

3. Menggunakan terlalu banyak kredit
Menggunakan kredit anda sehingga had maksima bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan kewangan anda; ia juga boleh merosakkan skor kredit anda. Salah satu perkara pemberi pinjaman akan mengkaji adalah nisbah penggunaan kredit anda, yang mewakili peratusan kredit yang anda sentiasa gunakan. Jika nisbah penggunaan kredit anda meningkat melebihi 30%, ia benar-benar boleh menaikkan bendera merah, walaupun anda akhirnya berjaya menyelesaikan semua bayaran anda tepat pada masanya. Contohnya, jika anda mempunyai nisbah penggunaan kredit sebanyak RM10,000, anda tidak boleh mengenakan bayaran yang lebih daripada RM3,000 sekaligus. Tidak mustahil untuk seseorang mempunyai hutang yang lebih banyak dari orang lain, tetapi mempunyai nisbah penggunaan kredit yang lebih baik. Katakanlah jumlah kredit anda adalah RM10,000 dan jiran anda mempunyai RM20,000. Jika
anda mempunyai RM4,000 dalam hutang tertunggak dan dia mempunyai RM5,000 dalam hutang tertunggak, anda masih akan mempunyai nisbah penggunaan kredit yang lebih tinggi kerana anda menggunakan 40% daripada kredit anda, manakala jiran anda akan kekal di bawah ambang 30%. Ingat, ianya bukan soal berapa banyak hutang sebenar yang anda ada; ia tertakluk kepada jumlah kredit anda yang anda gunakan.

4. Tutup akaun kad kredit lama
Menutup akaun kad kredit lama boleh menurunkan skor anda. Pertama, jika anda mempunyai akaun yang lebih lama dalam kedudukan yang baik, ia boleh memberi kesan positif terhadap rekod kredit anda, dengan itu meningkatkan skor and secara keseluruhan. Tambahan pula, jika anda mempunyai kad yang lebih lama dengan had kredit yang besar, ia boleh membantu mengekalkan nisbah penggunaan kredit anda pada tahap minimum. Jika anda perlu menutup akaun kad kredit lama kerana ia mengenakan yuran tahunan yang terlalu tinggi, anda seharusnya berbuat demikian. Tetapi jika anda tidak mempunyai sebab yang mendesak untuk membatalkan akaun tersebut, kekalkannya kerana ia boleh membantu mengekalkan skor kredit anda.

5. Menandatangani pinjaman bersama orang lain
Menandatangani pinjaman bagi peminjam lain tidak semestinya akan merosakkan skor kredit anda. Tetapi jika peminjam gagal membuat bayaran pinjaman, skor anda boleh turut terjejas. Apabila anda menandatangani pinjaman bersama orang lain, anda mempunyai tanggungjawab separa untuk mematuhi syarat-syarat pembayarannya, dan jika peminjam utama gagal membuat bayaran balik, skor kredit anda mungkin turun. Untuk mengelakkan ini dari berlaku, berhati-hati apabila menandatangani pinjaman bersama orang lain.

Daftar sekarang untuk mengetahui skor kredit anda.