Dating berdasarkan skor kredit? Ya.

date score1

Artikel ini diterbitkan oleh  CompareHero.my bersama CTOS dan telah muncul di The Star Online.

Skor kredit anda penting apabila memohon kad kredit atau pinjaman peribadi. Namun, patutkah anda mengambil kira skor kredit apabila mencari jodoh? Pada pendapat saya, anda harus berbuat demikian – kerana wang – atau kekurangannya – masih menjadi punca utama untuk hubungan putus dan skor kredit anda mewakili tabiat kewangan anda.

Mudah untuk mengatakan bahawa anda mempunyai tabiat menyimpan wang, tapi adakah anda benar-benar mengamalkannya? Skor kredit dikira berdasarkan tabiat kewangan masa lalu anda. Oleh itu, skor kredit merupakan petunjuk yang lebih baik mengenai tingkah laku masa depan anda berbanding daripada apa yang anda katakan mengenai tabiat kewangan anda sendiri.

Sebagai contoh di Malaysia, CTOS menilai skor kredit anda (berserta maklumat lain) berdasarkan rekod pembayaran anda, tempoh rekod kredit, jumlah dan jenis kemudahan kredit yang anda ada. Ini akan dinyatakan melalui nombor 3 digit antara 300 dan 850. Skor yang lebih tinggi mewakili peluang yang lebih tinggi untuk mendapat kelulusan untuk produk kewangan peribadi seperti kad kredit dan pinjaman.

Ingin tahu pendapat warganegara Malaysia mengenai skor kredit dan perhubungan?
Tonton video kami:

Oleh itu, jika skor anda adalah 700 dan anda tengah mencari pasangan, anda sebaiknya meningkatkan skor anda kepada 700 atau 750, dan pastikan skor anda tidak turun kurang daripada 650. Di Amerika Syarikat, terdapat servis yang
memadankan pasangan berdasarkan skor kredit mereka. Adakah skor kredit yang baik ‘seksi’? Skor kredit yang rendah sudah pastinya tidak menarik. Walaupun menggunakan skor kredit untuk tujuan temu janji dianggap ‘pramatang’ dan ‘cara
Singapura’ oleh rakan-rakan saya, mereka pasti boleh memahami kelebihan berbuat demikian. Ianya penting kerana anda sedang mencari seseorang yang boleh membayar bil dan menjaga hal-ehwal kewangan mereka sendiri.

Persoalannya adalah bencana akan berlaku jika dua orang dengan skor kredit yang sama rendah bersama? Juga, adakah pasangan yang mempunyai skor kredit yang baik akan membantu meningkatkan skor pasangan yang rendah, atau adakah skor baik akan turut menjadi rendah mengikut pasangan mereka? Satu kajian dari ‘Federal Reserve Board’ memberikan beberapa kesimpulan.

Berdasarkan rekod kredit berjuta-juta rakyat Amerika selama 15 tahun, kajian itu menyatakan bahawa pasangan dengan jurang yang besar di antara skor kredit mereka mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk berpisah, berbanding dengan pasangan yang skor kreditnya hampir sama. Skor kredit pasangan yang telah menjalinkan hubungan yang lama akan semakin tinggi kerana mereka bersama-sama memperbaiki skor mereka. Berita baik ialah skor yang lebih rendah cenderung menjadi lebih tinggi, berbanding skor yang lebih tinggi menurun nilainya.

Golongan bujang dengan skor kredit tinggi mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk membentuk hubungan pada tahun depan, berbanding mereka yang mempunyai skor kredit yang rendah. Akhirnya, kemungkinan untuk berpisah adalah dua kali lebih tinggi untuk orang yang mempunyai skor kredit yang teruk.

Kajian ini mengukuhkan pendapat bahawa skor kredit yang tinggi sebenarnya sangat menarik dari segi hubungan. Nasib baik, ianya lebih mudah untuk meningkatkan skor kredit anda berbanding hal-hal lain seperti kecantikan fizikal, kecerdasan, kekayaan atau kelucuan. Anda hanya perlu membayar bil kad kredit anda tepat pada waktunya!

Untuk melihat Ganjaran kami bersama CompareHero.my, sila log masuk ke akaun CTOS anda.