Save cash this raya

Save cash this raya

Jimat Wang Raya Ini? Syoknya!

1. Beli-belah secara bijak.
Cari tawaran perayaan, diskaun dan promosi lain dengan teliti – banyak syarikat menawarkan promosi hebat untuk pelanggan pada musim perayaan. Cara yang baik untuk mengetahui promosi dan diskaun terkini adalah dengan menyemak laman web syarikat (yang biasanya mempunyai promosi masa terhad pada laman utama). Bank, syarikat kenderaan, restoran, stesen minyak dan kedai runcit pakaian sering mempunyai promosi istimewa untuk ahli-ahli kad kredit.

Anda juga boleh membeli secara borong (misalnya, barangan runcit, minuman ringan dan makanan) untuk menikmati diskaun. Ini akan berbaloi jika anda berancang untuk mengadakan majlis atau rumah terbuka dan akan mempunyai ramai tetamu.

2. Tetapkan bajet untuk perbelanjaan.
Untuk memastikan anda tidak terlanjur berbelanja, tetapkan bajet perbelanjaan terlebih dahulu. Ini juga akan membantu anda mempunyai gambaran yang lebih baik; anda boleh mengurangkan kos atau lihat dengan lebih teliti bagaimana anda boleh menjimatkan wang.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai keluarga yang besar, anda mungkin boleh memperuntukkan jumlah yang lebih kecil untuk pakaian perayaan jika semua baju dibuat sekaligus oleh tukang jahit keluarga anda – kain boleh dibeli secara borong, dan anda mungkin boleh meminta diskaun kerana membuat pesanan besar. Ini mungkin lebih murah daripada membeli pakaian dari pelbagai tempat yang berbeza (pertimbangkan kos bahan api, tol, bayaran letak kereta dan kos masa).

3. Rancang perjalanan balik kampung anda dari awal.
Buat rancangan perjalanan anda dengan baik dan mulakannya secara awal. Anda boleh jimat kos bahan api dengan memulakan perjalanan anda pada waktu bukan puncak, jadi anda tidak menghabiskan masa berjam-jam dalam kesesakan trafik. Gunakan mata-mata ganjaran anda yang terkumpul untuk menebus rebat bahan api. Jika anda mempunyai lebih daripada satu kenderaan, pilih yang paling jimat penggunaan bahan apinya untuk perjalanan anda.

Selain itu, ingat bahawa perkara-perkara kecil boleh mengakibatkan penambahan kos, terutama sekali jika anda mempunyai keluarga. Kurangkan kos-kos lain dalam perjalanan, misalnya dengan membungkus dan membawa bekalan makanan dan minuman anda sendiri dan tidak makan di luar (ini juga pilihan yang lebih sihat). Akhir sekali, pastikan kenderaan anda diservis dengan sempurna sebelum anda memulakan perjalanan anda, kerana kerosakan di tengah-tengah perjalanan boleh meningkatkan perbelanjaan.

Tip: Ingin tahu status kredit anda? Semak skor CTOS anda sebelum pergi bercuti!