Ketidaktepatan maklumat di dalam laporan kredit anda

Jika anda terlihat maklumat yang tidak tepat di dalam laporan kredit anda, berikut langkah-langkah yang boleh diambil untuk memperbetulkannya.

  • Langkah 1 – Dapatkan laporan kredit anda yang terkini

    Semak maklumat kredit anda dengan mendaftar untuk ID pengguna CTOS dan dapatkan laporan kredit terkini anda. Maklumat dalam laporan kredit anda berubah setiap bulan kerana kami sentiasa mengumpul dan mengemaskinikan maklumat kredit.

  • Langkah 2 – Ketahui maklumat yang boleh dikeluarkan

    Anda tidak boleh memadamkan setiap maklumat negatif dari fail kredit anda – agensi pelaporan kredit seperti CTOS wajib melaporkan semua maklumat kredit selagi ia adalah tepat dan terkini. Jadi apakah yang boleh dikeluarkan?

    • Maklumat tidak tepat. Jika laporan kredit menyenaraikan maklumat yang tidak tepat seperti akaun yang tidak dibuka, salah nama, atau penghakiman bagi tuntutan mahkamah yang tidak melibatkan anda, anda boleh mengeluarkan maklumat tersebut daripada rekod anda.
    • Maklumat negatif yang lapuk. Dalam kebanyakan kes, maklumat negatif, walaupun tepat, tidak akan menghantui anda selama-lamanya, terutama apabila ia telah diselesaikan. Laporan kredit anda mungkin mengandungi maklumat tindakan undang-undang, penghakiman, kebankrapan dan pembayaran lewat untuk beberapa tahun. Apabila tempoh masa yang berkaitan telah luput, anda boleh mengeluarkan maklumat tersebut daripada laporan kredit anda.

    Semak laporan kredit anda

  • Langkah 3 – Betulkan ketidaktepatan

    Jika anda mendapati terdapat maklumat yang tidak tepat dalam laporan kredit anda, sila maklumkan kepada kami. Anda boleh menghubungi kami (03-2722 8833) atau isi borang online dan emel kepada sarus@ctos.com.my.

    Untuk membaca artikel penuh mengenai cara membetulkan ketidaktepatan dalam laporan kredit anda, klik di sini.