Tentang CTOS – Siapa Kami & Peranan Kami

Ditubuhkan pada tahun 1990, CTOS peneraju Agensi Pelaporan Kredit (CRA) di Malaysia di bawah bidang kuasa Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010.

Di CTOS, kami memudahkan pemberian kredit dengan memperkasakan individu dan perniagaan dengan akses kepada maklumat penting dengan cepat dan selamat.

Menurut Laporan World Bank’s Doing Business Report 2014, Malaysia dianggap negara paling mudah untuk mendapatkan kredit di dunia (daripada 189 negara). Kami berbangga kerana dapat menyumbang ke arah itu.

Dengan membekalkan maklumat kepada pemberi kredit dan mewujudkan ketelusan, kami memberi mereka lebih keyakinan untuk berurusan dengan pihak-pihak dimana mereka tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenai mereka. Demikianlah mantera kami, “Pengetahuan mewujudkan keyakinan”.

Walau bagaimanapun, kita tidak menilai atau membuat cadangan mengenai permohonan kredit. Pinjaman melibatkan banyak faktor. Akhirnya, pemohon hendaklah memenuhi selera pembekal kredit dari segi risiko, polisi dan strategi perniagaan.

Kredit bukanlah satu hak. Semua orang tahu, kita perlu lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam urusan kewangan yang mana ia akan memberi kesan dalam permohonan pinjaman kita. Oleh yang demikian, individu dan syarikat disaran untuk menyemak laporan kredit CTOS mereka secara kerap. Ini adalah untuk memastikan ketepatan dan kemas kini untuk pemprosesan permohonan yang cepat dan cekap.

CRA bersedia untuk terus berkembang di bawah Akta CRA 2010 untuk memberi manfaat kepada rakyat, perniagaan dan akhirnya negara.

Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010

Seperti yang diperuntukkan dalam Akta CRA, semua CRA hendaklah mematuhi sepenuhnya Akta 15 Oktober 2014.

Agensi Pelaporan Kredit (CRA) adalah entiti berdaftar untuk melaksanakan operasi pelaporan di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010. CRA mengumpul maklumat kredit yang boleh digunakan dalam menentukan kelayakan seseorang untuk memperolehi kredit.

Peranan Agensi Pelaporan Kredit:

  • Mewujudkan ketelusan bagi memudahkan akses kepada kredit yang cepat dan mudah.
  • Membantu mewujudkan perniagaan yang lebih kukuh dan mengurangkan risiko dengan membolehkan mereka membuat keputusan kredit yang lebih bermaklumat, seterusnya mengukuhkan sistem ekonomi dan kewangan negara.

Akta Agensi Pelaporan Kredit membekalkan maklumat bagi pendaftaran dan pengawalseliaan CRA, dengan Pendaftar yang dilantik untuk menjalankan fungsi Akta ini. Akta CRA 2010 juga menyediakan subjek data dengan hak untuk mengakses, membetulkan dan mempertikaikan sebarang maklumat mengenai mereka. Untuk memuat turun Ringkasan penuh Hak, klik di sini.

Peranan Pendaftar Akta CRA 2010:

  • Menggalakkan pembangunan industri pelaporan kredit yang kukuh dan teratur.
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk CRA menjalankan aktiviti mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Akta CRA, sila layari laman web Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit (ppapk.treasury.gov.my)

Ada Soalan? Kami bersedia berkhidmat.