Cari Rezeki Dengan Mudah – Kereta dan Kredit Anda

by Iskandar Kavanagh

image courtesy of Uber Malaysia

Pada zaman sekarang, cara bekerja telah banyak berubah berbanding dengan masa dulu. Dengan adanya teknologi terkini serta jenis-jenis perniagaan baru, rakyat boleh memilih pekerjaan yang lebih fleksibel, dan bekerja mengikut kesenangan mereka masing-masing. Memandangkan kadar pengangguran di Malaysia telah meningkat ke 3.5% pada bulan Julai 2016, serta fakta 1 daripada 4 orang graduan baru di Malaysia tidak mempunyai pekerjaan 6 bulan selepas mendapat ijazah, cara bekerja ini amatlah dialu-alukan.

Sumber imej: Uber

Sumber imej: Uber

Satu contoh utama organisasi yang menawarkan peluang ekonomi adalah Uber – di mana anda boleh mendapatkan pekerjaan hanya dengan sentuhan butang. Menjadi Rakan Kongsi Pemandu Uber mempunyai faedah termasuk pendapatan mingguan, fleksibiliti waktu kerja dan lokasi, serta proses pendaftaran mudah.

Ia juga terbukti dapat diakses oleh ramai rakyat Malaysia, termasuk wanita seperti Ashikin dan orang dari komuniti OKU seperti James dan John. Mereka adalah sebahagian daripada individu yang bangga memberitahu kami #whyidrive (‘mengapa saya memandu’).

Image Source: Uber

Sumber imej: Uber

Walau bagaimanapun, beberapa keperluan asas perlu dipenuhi untuk menjadi Uber Driver-Partner. Langkah pertama, tentu saja, adalah untuk mempunyai kereta. Bukan sekadar kereta sahaja, tetapi kereta yang memenuhi piawaian yang betul. Uber Driver-Partner sedia ada yang mempunyai kenderaan penuaan juga tertakluk kepada syarat ini.

Ini sebenarnya melibatkan Uber Driver-Partner yang berpotensi dan sedia ada, yang mempuyai kenderaan yang tidak lama lagi akan melebihi batasan umur maksimum. Ini bermakna membeli kereta baru lebih mudah dikatakan daripada dilakukan.

Berdasarkan informasi dari Bank Negara, lebih daripada 90% pinjaman ‘hire purchase’ adalah untuk pinjaman kenderaan. Sedihnya, 1 daripada setiap 4 kes muflis di seluruh negara berpunca daripada pembelian kenderaan, di mana lebih dari 55% yang terlibat adalah berumur di antara 25 hingga 45 tahun.

Di sinilah skor CTOS anda terlibat! Skor CTOS anda adalah nombor 3 angka yang memberitahu anda mengenai kesihatan kredit anda – semakin tinggi skor anda, semakin baik kesihatan kredit anda. Ini adalah petunjuk yang kuat yang digunakan untuk menganggar bagaimana bank menilai anda sebagai peminjam yang berpotensi, kerana ia berdasarkan tingkah laku pembayaran sebelumnya.

Skor CTOS anda dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Faktor terbesar ialah tingkah laku rekod pembayaran anda terhadap kemudahan kredit yang sedia ada seperti kad kredit, pinjaman kereta dan pinjaman peribadi. Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang kemudahan kredit, anda tidak akan mempunyai Skor CTOS kerana anda tidak memenuhi syarat minimum untuk menjana skor. Ini boleh menjejaskan aplikasi anda dengan peminjam seperti bank kelak.
Selain itu, laporan

Skor CTOS dikira berdasarkan maklumat kredit dari CCRIS dan pangkalan data CTOS. Lima faktor yang membentuk skor CTOS:

score-weightage-V2 score blueRekod Pembayaran – 45%
Sama ada anda sentiasa membuat bayaran pinjaman pada masanya, atau jika anda pernah terlepas bayaran.
score redJumlah Hutang – 20%
Jumlah fasiliti kredit dan jumlah yang dihutang dengan pihak bank.
score yellowJangkamasa Rekod Kredit – 7%
Tempoh hayat fasiliti kredit yang ada (kad kredit atau pinjaman)
score greenJenis-jenis Kredit – 14%
Jenis-jenis kad kredit dan pinjaman yang anda ada – dijamin (pinjaman rumah dan kereta) vs yang tidak dijamin (kad kredit, pinjaman peribadi)
score purpleKredit Baru – 14%
Sama ada anda diluluskan untuk fasiliti kredit baru-baru ini.
Sumber: Rekod Pembayaran Perbankan [dari CCRIS, Bank Negara Malaysia], database CTOS [Rekod Undang-undang & Rujukan Perniagaan]

CTOS Score anda memberikan anda ketelusan yang anda berhak mengenai kemudahan kredit anda, dan memberi anda kuasa dalam menguruskan kewangan anda. Ini juga membuka peluang bagi anda untuk belajar lebih banyak dari bank dan institusi kewangan lain mengenai produk kewangan yang sesuai untuk anda.

Di samping itu, Score CTOS anda boleh membantu anda dalam perniagaan. Ia memberi anda kredibiliti melalui pengesahan daripada sumber yang dipercayai, Agensi Pelaporan Kredit yang dikawal oleh Kementerian Kewangan. Skor CTOS yang lebih tinggi mencerminkan individu yang bertanggungjawab yang berkemungkinan tinggi selamat untuk berniaga dengannya.

Jadi semak skor CTOS anda, dan mula membina rekod kredit yang sihat hari ini.

Juga, daftarlah dengan Uber sekarang untuk menikmati sumber pendapatan tambahan.