5 cara untuk melindungi identiti anda semasa membeli-belah online

1. Hanya membeli-belah di laman web yang sahih

Pastikan laman web yang anda gunakan mempunyai reputasi yang baik dan rekod keselamatan yang kukuh. Jangan sesekali membeli sesuatu atas talian menggunakan kad kredit anda jika laman web yang berkenaan tidak dilindungi dengan penyulitan SSL (lapisan soket selamat). Anda boleh mengetahui sama ada laman web dilindungi dengan penyulitan SSL, kerana barisan URL untuk laman web tersebut akan bermula dengan HTTPS, bukan HTTP. Ikon mangga yang berkunci juga akan muncul, biasanya di sebelah kiri URL pada barisan alamat.

2. Gunakan kata laluan yang berbeza untuk laman web membeli-belah atas talian yang berbeza

Pastikan kata laluan anda kuat dan unik untuk mengurangkan kemungkinan orang lain menggodamnya.

3. Elakkan berkongsi maklumat peribadi secara berlebihan

Segelintir kecil peruncit atas talian mungkin akan meminta tarikh hari jadi anda supaya boleh memberikan perkhidmatan yang lebih sesuai, atau untuk tujuan menawarkan promosi hari jadi. Tetapi, jika penjahat mendapatkan maklumat ini berserta nombor kad kredit anda, mereka boleh melakukan banyak perkara yang tidak baik. Semakin banyak maklumat yang diketahui penjahat, semakin mudah untuk identiti anda dicuri. Jika anda mempunyai pilihan, hanya kongsikan maklumat peribadi yang benar-benar diperlukan sahaja.

4. Jangan membeli-belah menggunakan WiFi awam

Membeli-belah atas talian memerlukan maklumat peribadi yang sensitif seperti nombor akaun bank atau butiran kad kredit, jadi jangan mengambil risiko. Untuk keselamatan anda, hanya buat pembelian atas talian melalui rangkaian Wi-Fi yang selamat, sebaiknya WiFi peribadi rumah anda atau rangkaian lain yang dikenali.

5. Semak notifikasi CTOS SecureID anda dengan kerap

Sebagai pelanggan CTOS SecureID, anda akan menerima notifikasi sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam profil kredit anda seperti permohonan kredit baru, perubahan had kredit, penutupan akaun atau jika maklumat anda muncul di jaringan gelap.

Sekiranya anda masih belum melengkapkan pemantauan jaringan gelap anda, sila berbuat demikian untuk memastikan anda dilindungi – anda hanya perlu log masuk ke akaun anda dan isikan maklumat yang anda ingin kami pantau.